Sunday, 26 June 2011

kek coklat toping

bahan:
180gm mentega
250gm tepung gandum
6 bj telur
1/2 cawan serbuk koko
200gm coklat urai
180gm gula halus
sedikit esen vanilla
sedikit coklat nasak-di cairkan
bahan toping:1cawan susu cair(pti ais)
11/2 cawan gula castor
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tpg jagung
3/4 cawan air
50gm mentega
1camt esen vanilla{campur }
secubit garam        { akhir  }
cara:
1.pukul mentega dan gula hingga kembang
2.masukan telur satu persatu
3.masukan esen vanilla
4.apabila sudah kembang,masukan tepung,serbuk koko dan coklat urai,gaul sebati
5.masukan coklat masak yg telah di cairkan
6.bakar dgn suhu 180C selama 1 jam
7.apabila masak,sejukan dan hias dgn coklat (bhn toping)

cara buat toping:


campurkan 1-5.adun dan sebatikan supaya tidk bergintil@tapis
2.jerang double-boiler,kacau hingga betul2 pekat
3.apabila sudu pengacau melekat tandanye adunan telah pekat dan nasukan mentega,esen dan garam.kacau sebati sehingga mentega cair.angkat dan sejukan,hias ke ats kek

kek lapis rempah manis

bahan:bahan A
400gm mentega
2camb susu pekat manis

bahan B
20bj kuning telor
5 bj putih telur
200gm gula kastor
125gm tepung gndum
5camb susu tepung
1camb penstabil kuih
1camb pres coklat

cara:1.putar telur,gula dan penstabil kek hingga naik.msukan sedikit demi sedikit ptg,putar sebati.
2.msukan bahan A,gaul sebati
3.keluarkn 4 senduk besar adunan dan bubuh rempah kuih dan pes coklat,gaul sebati.msukan ke dlm beg piping kek.
4.sediakn loyang berukuran 10x10x3,lenser dgn lmk syuran dan als dgn krts minyak.bubuh 2 sendok adunan berwrna putih,ratakn.pancit adunan coklat,dgn bentuk lingkaran,mulakan dr tengah2 loyang.
5.bakar selama 5 minit,ulangi proses 4
6.untuk lapisan terakhir biarkn wrna asal.bakar 170 c selama 20 minit

Saturday, 25 June 2011

KEK LAPIS GELOMBANG PELANGI

BAHAN:
24 BIJI KUNING TELUR
6 BIJI PUTIH TELUR
460g MENTEGA
200g GULA KASTOR
200g TEPUNG GANDUM
4 SUDU MAKAN SUSU PEKAT MANIS
1 SUDU MAKAN MADU
1 SUDU MAKAN PENSTABIL
1\2 SUDU TEH ESEN NANAS+PEWARNA BIRU
1\2 SUDU TEH PES STRAWBERI+PEWARNA MERAH JAMBU
1\2 SUDU TEH ESEN BUAH-BUAHAN+PEWARNA KUNING
1\2 SUDU TEH PES OREN+PEWARNA OREN
1\2 SUDU TEH ESEN KELADI+PEWARNA UNGU
1\2 SUDU TEH PES PANDAN+PEWARNA HIJAU

CARA :1.SATUKAN MENTEGA, SUSU DAN MADU, LALU PUKUL SEHINGGA KEMBANG,KETEPIKAN.
2.SATUKAN TELUR , GULA DAN PENSTABIL DI DALAM MANGKUK LAIN , LALU PUKUL HINGGA NAIK DAN PEKAT.
3.BAHAGI ADUNAN KEPADA 11 BAHAGIAN :6 BAHAGIAN WARNAKAN KUNING:1 BAHAGIAN WARNAKAN HIJAU:1 BAHAGIAN WARNAKAN OREN : 1 BAHAGIAN UNGU :1 BAHAGIAN WARNA BIRU :DAN 1 BAHAGIAN LAGI WARNA MERAH JAMBU
4.SEDIAKAN LOYANG BERUKURAN 10 X 7 X 3 INCI,ALAS DENGAN KERTAS DAN SAPU MENTEGA.TUANG 1 BAHAGIAN ADUNAN KUNING,RATAKAN DI DALAM LOYANG.BAKAR DENGN API GRIL SELAMA 2-3 MINIT.SETELAH MASAK,TEKAN DENGAN ACUAN PENEKAN.
5.TUANG ADUNAN HIJAU,RATAKAN DAN BAKAR SELAMA 2-3 MINIT.SETELAH MASAK,TEKAN DENGAN ACUAN PENEKAN.ULANGI PROSES MENAPIS DAN MENEKAN HINGGA HABIS(MENGIKUT LAPISAN SEPERTI DALAM RAJAH).
6.PADA LAPISAN TERAKHIR,APABILA TELAH KEKUNINGAN .MATIKAN API GRIL DAN HIDUPKAN API KETUHAR.LAPISAN INI TIDAK PERLU DITEKAN.BAKAR KEK PADA SUHU 200 DARJAH SELAM 5-10 MINIT .

Friday, 24 June 2011

kek kukus asli

bahan
600g tepung gandum

300g gula aising
600g buah-buahan campuran
160oz mentega
320g gula pasir-digoreng
5 biji telur yang besar
2 camca teh esen oren
2 camca teh krim tartar
2 camca teh bikarbonat
1\4 biji buah pala diparut

cara membuat

1.Tepung gandum digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga ringan lebih kurang 5-10 minit.Sejukkan semalaman .
2.Tepung gandum,krim tartar dan bikarbonat diayak . Masukkan buah pala dan buah-buahan campuran dan gaul rata.Ketepikan dahulu .
3.Mentega dan gula aising dipukul sehingga putih dan kembang, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis sambil dipukul rata .
4.Hentikan mesin lalu masukkan campuran tepung dan gaul sebati dengan menggunakan senduk kayu,masukkan juga esen oren.

5.gula pasir digoreng hingga perang.semasa masih panas tuangkan ke dalam adunan kek tadi.kacau hingga rata.
6.tuangkan ke dalam acuan berukuran 11 x 11 x 3 inci atau 11 x 3 bulat yang telah bersapu mentega dan  dialas dengan kertas pengalas.
7.tutup acuan dengan foil,lalu kukus selama empat jam.biarkan sejuk satu hari,barulah enak dimakan.

KEK BLACK FOREST

bahan A
500g sponger mix coklat
200g air
100g mentega cair
8 biji telur
bahan B

1 tin ceri hitam (sedikit jusnya juga diambil untuk merenjis)
20g tepung jagung
400g krim putar(dipukul sehingga gebu)
100ml susu segar\air sejuk
bahan C 

200gm coklat urai   
1 bungkus kecil buah ceri segar
kepingan coklat bercorak\secukupnya
buah strawberi secukupnya
coklat susu hiasan secukupnya
100g coklat masakan-diparut
cara memasak

1.asingkan buah ceri dan jusnya.Bancuh jus ceri dengan tepung jagung kemudian masak sehingga pekat.Setelah dimasak, masukkan buah ceri ke dalamnya .
2.sediakan kek span, masukkan bahan A ke dalam bekas pengadun dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat selama 5-10 minit.
3.masukkan mentega cair dan gaul dengan spatula hingga rata
4.tuangkan ke dalam loyang bulat 10''x10''.Bakar suhu 180 darjah selama 35 minit atau sehingga masak.
5.letakkan sekeping kek span ke atas papan kek, renjiskan sedikit jus ceri hitam, sapu dan ratakan krim putar di atas kek .
6. ratakan ceri hitam yang telah dimasak tadi di atas kek berkrim putar itu.
7.ulangi proses yang sama pada lapisan kedua dan tutup sekeping lagi kek sapn yang ketiga.
8.sapukan krim putar di seluruh kek span dan corakkan dengan penyisir kek.Lekapkan coklat urai di sekeliling bawah kek dan kepingkan coklat bercorak di sekeliling tepi serta atas kek.Paipkan krim putar bentuk rosette . Letakkan ceri hitam dan strawberi segar di sekeliling permukaan kek.Coklat susu dan coklat masakan diparut , diletakkan di tengah-tengah kek .  

pizza mem bos

doh pizza
3cawan tepung gandum
1camt garam
1camt madu
2camb minyak zaiton
3/4cawan air
2oz ragi@mauripan
1/4caman air suam(larutkn mauripan+air suam)

cara:
1.campurkan garam,madu,minyak bersama tepung .
2.tuangkan larutan mauripan,uli perlahan2.tuangkan air n uli menjadi doh lembut.
3.biarkan 30minit.bahagikan kpd 4 bhagian.
4.uli bulat2,sapukan loyang dgn sedikit minyak,canaikan doh,letak dalam loyang,cucuk2 dgn garfu ,sapukan dgn cili sos,taburkan sedikit keju.taburkan bahan inti ikut kegemaran masing2,taburkan keju lagi,sapukan keliling doh dgn sedikit minyak zaiton@marjerin,bakar hingga masak.
bahan inti:
250gm daging kisar
1camb serbuk kari
1labu bawang besar
sayuran campur
cendawan butang
sosej
lada benggala hijau dan merah
Cara:
1.pijarkan minyak,tumiskan bawang yg siap di mayang,masukan dgg kisar ,kacau sebati
2:masukan rempah kari,kacau lagi,masukan sayuran campur,gaul rata.tutup api
3.boleh la di tabur ats doh pizza tadi

Tuesday, 21 June 2011

SAMBAL MERSIK

Bahan :
200gm ikan bilis saiz kecil
50gm cili api
garam s'cukup rasa
minyak utk m'goreng & m'numis

Cara :
1. Tumbuk lumat cili api b'sama garam s'cukup rasa.Ketepikan.
2. Panaskn myk dan goreng ikan bilis shngga garing.Angkat dan toskan.Ketepikan.
3. Dengan m'gunakan lbihan minyak m'goreng tadi,kluarkan minyak dan tgglkan sdikit utk m'numis bahan tumbuk.Tumis shngga garing.
4. Kemudian barulah d'msokkn ikan bilis goreng tadi dan gaulkan rata.Sedia utk d'makan.