bahan
600g tepung gandum
300g gula aising
600g buah-buahan campuran
160oz mentega
320g gula pasir-digoreng
5 biji telur yang besar
2 camca teh esen oren
2 camca teh krim tartar
2 camca teh bikarbonat
1\4 biji buah pala diparut
cara membuat
1.Tepung gandum digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga ringan lebih kurang 5-10 minit.Sejukkan semalaman .
2.Tepung gandum,krim tartar dan bikarbonat diayak . Masukkan buah pala dan buah-buahan campuran dan gaul rata.Ketepikan dahulu .
3.Mentega dan gula aising dipukul sehingga putih dan kembang, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis sambil dipukul rata .
4.Hentikan mesin lalu masukkan campuran tepung dan gaul sebati dengan menggunakan senduk kayu,masukkan juga esen oren.
5.gula pasir digoreng hingga perang.semasa masih panas tuangkan ke dalam adunan kek tadi.kacau hingga rata.
6.tuangkan ke dalam acuan berukuran 11 x 11 x 3 inci atau 11 x 3 bulat yang telah bersapu mentega dan dialas dengan kertas pengalas.
7.tutup acuan dengan foil,lalu kukus selama empat jam.biarkan sejuk satu hari,barulah enak dimakan.
No comments:
Post a Comment