bahan A
500g sponger mix coklat
200g air
100g mentega cair
8 biji telur bahan B
1 tin ceri hitam (sedikit jusnya juga diambil untuk merenjis)
20g tepung jagung
400g krim putar(dipukul sehingga gebu)
100ml susu segar\air sejukbahan C
200gm coklat urai
1 bungkus kecil buah ceri segar
kepingan coklat bercorak\secukupnya
buah strawberi secukupnya
coklat susu hiasan secukupnya
100g coklat masakan-diparutcara memasak
1.asingkan buah ceri dan jusnya.Bancuh jus ceri dengan tepung jagung kemudian masak sehingga pekat.Setelah dimasak, masukkan buah ceri ke dalamnya .
2.sediakan kek span, masukkan bahan A ke dalam bekas pengadun dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat selama 5-10 minit.
3.masukkan mentega cair dan gaul dengan spatula hingga rata
4.tuangkan ke dalam loyang bulat 10''x10''.Bakar suhu 180 darjah selama 35 minit atau sehingga masak.
5.letakkan sekeping kek span ke atas papan kek, renjiskan sedikit jus ceri hitam, sapu dan ratakan krim putar di atas kek .
6. ratakan ceri hitam yang telah dimasak tadi di atas kek berkrim putar itu.
7.ulangi proses yang sama pada lapisan kedua dan tutup sekeping lagi kek sapn yang ketiga.
8.sapukan krim putar di seluruh kek span dan corakkan dengan penyisir kek.Lekapkan coklat urai di sekeliling bawah kek dan kepingkan coklat bercorak di sekeliling tepi serta atas kek.Paipkan krim putar bentuk rosette . Letakkan ceri hitam dan strawberi segar di sekeliling permukaan kek.Coklat susu dan coklat masakan diparut , diletakkan di tengah-tengah kek .
No comments:
Post a Comment